VISI
Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama akan menjadi antara Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan yang cemerlang dalam Daerah Hulu Langat menjelang 2009-2013.
INSAN ISTIMEWA KEPRIHATINAN KAMI
SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA
Wednesday, March 9, 2011
Hari Pendidikan Khas Hulu Langat 2010
Hari Pendidikan Khas Hulu Langat 2010 yang berlangsung di Plaza Metro Kajang.Pelbagai acara telah dijalankan antaranya jualan,persembahan dan pertandingan dengan disertai semua sekolah di daerah Hulu Langat.
PPKIBL mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak bagi membantu pelajar-pelajar OKU ini menikmati kemudahan pembelajaran yang lebih baik dan sempurna seperti pelajar-pelajar normal.
Untuk apa-apa bentuk sumbangan boleh hubungi ke emel ppkibl.smkku@gmail.com ppkibl_smkku@yahoo.com.my atau datang terus ke Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (PPKIBL)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama
43000 Kajang
Selangor.
Tel:03-87338414
Fax:03-87333625
PPKIBL DAN PRS
DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN
DEFINISI DARI SUDUT PENDIDIKAN
Menurut Hasnah Udin (1988) dalam latihan Ilmiah Wirdaningyanti Hamzah (2006) menyatakan deminologi masalah penglihatan mengikut aspek pendidikan ialah :-
a) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf-huruf biasa.
b) Buta pula ialah tidak dapat melihat langsung atau perlu kepada penggunaan Brailler untuk membaca.
DEFINISI DARI SUDUT PERUBATAN
The World Council for The Welfare of The Blind (1988) yang digunakan di Malaysia menyatakan cacat penglihatan ialah :-
a) Tidak dapat melihat langsung.
b) Kebolehan melihat tidak melebihi 6/60 atau 20/200 melalui ujian carta ‘ Snellar’.
c) Penglihatan terhad di mana medan penglihatan kurang daripada 20 darjah.
MISI PPKIBL
-Melahirkan individu yang berpotensi dalam bidang kemahiran dan akademik.
-Melahirkan individu yang boleh mengurus sendiri.
-Melahirkan individu yang boleh bermasyarakat.
-Berusaha menyediakan pelajar yang berdikari dan berkerjaya.
-Berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan SMK Kajang Utama (PPKIBL) telah memulakan programnya pada 15 Januari 2007. Program ini menerima dua orang pelajar buta dan dua orang guru pembimbing. Pelajar-pelajar ini telah menamatkan persekolahan sekolah rendah di SK Sg Kantan, Kajang. Bagi meneruskan persekolahan di peringkat sekolah menengah, pelajar-pelajar ini kemudiannya ditempatkan di SMK Kajang Utama iaitu sekolah harian biasa dengan pelaksanaan program inklusif sepenuhnya.
Pada permulaan, penempatan pelajar-pelajar buta ditempatkan bersama-sama dengan pelajar-pelajar PKBP (Program Khas Bermasalah Pembelajaran) untuk waktu bimbingan. Memandangkan pelajar-pelajar buta ini memerlukan penggunaan Brailler, satu kelas khas diwujudkan iaitu kelas Resos di mana kelas ini ditempatkan di Tingkat 4, Blok D.
Awal penubuhan program PKBL, alatan yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti mesin Braille sebanyak 2 buah, kertas Braille dan buku-buku teks Braille. Kini alatan semakin bertambah seperti ‘Embosser Basic D’ dan mesin ‘Thermorfom’.
No comments:
Post a Comment