INSAN ISTIMEWA KEPRIHATINAN KAMI

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

Thursday, May 12, 2011

DEFINISI DAN KAEDAH PENGAJARAN PELAJAR BERMASALAH PENGLIHATAN

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan
Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

1. Program integrasi yang dijalankan di sekolah-sekolah harian biasa di mana pelajar belajar bersama dengan pelajar biasa di kelas biasa. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (PPKIBL) yang terdapat di Kajang,Selangor .

a) Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan (Tahun 1 – Tahun 6)
b) SMK Kajang Utama ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5)

2. Jenis kecacatan pelajar
a) Totally Blind – Buta sepenuhnya
b) Penglihatan Terhad/Low vision/Rabun

3. Kaedah pengajaran
Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta
Rabun
a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku.

No comments:

Post a Comment