INSAN ISTIMEWA KEPRIHATINAN KAMI

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

Wednesday, January 5, 2011

Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan SMKKU Sesi 2011

Pejam celik tahun 2010 telah berlalu.Sesi 2011,sesi persekolahan telah kembali.Pada sesi baru menyaksikan bilik Resos PPKIBL telah mendapat peruntukan untuk dibina bahagian-bahagian yang menempatkan bilik guru,kelas bimbingan,bilik sumber,bilik pengurusan dan bilik ICT.Juga penambahan beberapa orang guru baru dan pelajar baru.Diharapkan kemudahan yang semakin bertambah akan memudahcarakan guru-guru dan pembantu di dalam menjalankan tugasan.Juga menyediakan pelajar dengan kelengkapan belajar yang sempurna.
Pada 2009, seramai 2 orang murid merupakan tahun pertama mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Murid tersebut ialah Kong Hwei Zhen dan Tan Jia Hui. Kong Hwei Zhen merupakan murid cemerlang PMR kategori Bermasalah Penglihatan dengan keputusan 7A.Pada tahun 2010 seorang pelajar iaitu Tan Kee Ji telah mengambil PMR dan menyambung pelajarannya di Tingkatan empat di SMPK Setapak.
Pada tahun 2011,tiga orang pelajar bakal mengambil peperiksaan PMR iaitu Aiman Ezzat Norazmi,Sonja Ardelle Lazarus dan Wong Shin Yee.

No comments:

Post a Comment