INSAN ISTIMEWA KEPRIHATINAN KAMI

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

Thursday, May 12, 2011

KAEDAH P&P PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN

i. Kaedah pengajaran
Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta

Rabun
a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku.

ii. Pelajar Pendidikan Khas bermasalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing.Soalan –soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar.

iii. Penggunaan Komputer di kalangan pelajar
Pelajar dapat menggunakan Komputer kerana adanya perisian Jaws iaitu perisian bersuara yang membantu pelajar mengendalikan komputer.

iv. Orientasi dan Mobiliti
Satu aktiviti yang membantu para pelajar pendidikan khas masalah penglihatan berdikari dan melakukan aktiviti seharian secara berdikari.Contoh cara menggunakan tongkat yang betul dan cara memimpin pelajar pendidikan khas.

PERALATAN DI BILIK RESOS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN

Alatan–alatan dalam membantu aktiviti P&P pelajar pendidikan khas bermasalah penglihatan
a)Brailler-mesin berupa mesin taip untuk menaip huruf-huruf Braille
b) Mesin Thermofom- menyalin rajah timbul dari kertas asal menggunakan kertas braillon
c) Mesin Embosser-mencetak titik timbul dalam penterjemahan seperti buku
Sebagai contoh buku yang telah siap di edit/ taip pindah akan di emboss untuk menjadi buku Braille.
d) CCTV –membantu pelajar rabun membaca (membesarkan huruf)
e) Gambar rajah timbul- Gambar rajah yang diubah suai untuk pelajar dapat menyentuh dan merasai sesuatu bentuk
f)Perisian yang biasa digunakan di bilik Resos adalah Index Braille Embosser Basic D,Duxbury,Zoom Text Magnifier,AMIS dan Jaws.Open Book juga digunakan bersama 'scanner' bagi tujuan mengimbas teks dan mengedit teks sebelum memindahkan ke bentuk tulisan braille.
g) Buku teks Braille-dibuat khusus dalam bentuk Braille mengikut sukatan pelajaran khusus untuk pelajar bermasalah penglihatan.
h)CD teks bersuara-Buku teks bersuara dalam bentuk CD mengikut sukatan matapelajaran.
i)Al-Quran Braille-Alquran dalam bentuk Braille untuk kemudahan pelajar bermasalah penglihatan membaca al-quran.
j) Tongkat-alat pembelajaran di dalam matapelajaran orientasi mobiliti selain digunakan untuk pergerakan pelajar.
k)Goalball-bola berbunyi khas untuk pelajar bermasalah penglihatan bersukan dan bermain di gelanggang.
l)Blind fold-alat penutup mata semasa sukan.
m)Digital clock-jam bersuara
n)Walkman dan cassette-untuk merakam bahan pengajaran.
o)Braille Ruler dan Geometry Set- pembaris timbul dan alatan geometri khas untuk pelajar buta
p)Globe/tactile & visual-globe timbul
q)tactile World Map Set- Buku peta dunia timbul
r)kalkulator bersuara
s)e-Quran reading book-laptop mini yang memuatkan surah-surah (bersuara)
t)human skin model-model kulit untuk subjek Sains
u)human eye model-model mata untuk subjek Sains
v)Model of longitude &latitude-model plastik untuk matapelajaran Geografi
w)Model-model matapelajaran Sains seperti 3-D model for maths &science,Insects Model,anatomy set, mini skeleton,measuring balance dan lain-lain.
x)selain itu alatan permainan dikhususkan untuk pelajar-pelajar bermasalah penglihatan seperti goalball,chess set,puzzle,congkak,holes in hand lacing board,acrobatics counting puzzle,chain the blocks
y)alat pengurusan diri seperti bear’s dressing,how to tie shoes lace,dapur gas,rice cooker,blender,mixer dan lain-lain.
z)alat-alatan kemahiran hidup seperti barangan logam(apit G,ragum,sepana, tukul,playar,kikir, gergaji,sesiku L, serampang tangan dan lain-lain),barangan elektronik (soldering lead,soldering iron,wire cutter,bongkah penyambung dan lain-lain),barangan jahit (butang,benang dan lain-lain).

Kertas yang biasa digunakan di kelas resos adalah
a)craft paper-kertas brown yang biasa digunakan pelajar bagi menaip huruf Braille menggunakan mesin Brailler.
b)master paper-kertas putih yang sederhana tebal,biasa digunakan pelajar untuk peperiksaan dan juga menghasilkan rajah timbul.
c)book cover-kertas kulit keras yang digunakan bagi menghasilkan rajah timbul.
d)cardboard cover-(manila)digunakan bagi melekatkan dan menghasilkan rajah timbul.
e)USA Embossing Sheet-kertas yang digunakan bagi mencetak titik-titik timbul huruf Braille menggunakan mesin embosser.
f)braillon-kertas berupa plastik yang digunakan bagi menyalin rajah timbul dari rajah asal menggunakan mesin thermoform.

DEFINISI DAN KAEDAH PENGAJARAN PELAJAR BERMASALAH PENGLIHATAN

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan
Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

1. Program integrasi yang dijalankan di sekolah-sekolah harian biasa di mana pelajar belajar bersama dengan pelajar biasa di kelas biasa. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (PPKIBL) yang terdapat di Kajang,Selangor .

a) Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan (Tahun 1 – Tahun 6)
b) SMK Kajang Utama ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5)

2. Jenis kecacatan pelajar
a) Totally Blind – Buta sepenuhnya
b) Penglihatan Terhad/Low vision/Rabun

3. Kaedah pengajaran
Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta
Rabun
a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku.

Sejarah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan

1926-Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931-SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948-Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953-Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958-Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962-Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1963-Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977-Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978-Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983-Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984-Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel
Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan Braille.