INSAN ISTIMEWA KEPRIHATINAN KAMI

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

SELAMAT DATANG KE PPKIBL SMK KAJANG UTAMA

Tuesday, March 29, 2011

ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN (PENDIDIKAN KHAS)

ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN (PENDIDIKAN KHAS)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PENGLIHATAN

Tanggal 17 September 1995 di Hospital Kajang,lahir seorang bayi perempuan, anak sulung kepada pasangan En. Wong Wai Meng dan Pn. Fong Yoke Siong. Bayi tersebut dinamakan Wong Shin Yee. Pada awal kelahiran Wong Shin Yee adalah bayi yang sempurna sifat fizikalnya. Namun pada tempoh zaman kanak-kanak, Wong Shin Yee mengalami masalah penglihatan. Hasil pemeriksaan doktor didapati terdapat selaput yang semakin menebal pada bahagian luar kedua belah matanya dan masalah retina pada bahagian dalam matanya. Ibu bapa beliau berusaha menyembuhkan matanya walaupun hingga ke luar negara. Namun usaha mereka tidak memberi apa-apa perubahan dan mereka terpaksa berserah pada ketentuan Tuhan.

Walaupun Wong Shin Yee mengalami masalah penglihatan, kedua ibu bapanya tetap menitik beratkan pelajaran. Pada awal pendidikan , Wong Shin Yee dihantar ke SRK Sg. Kantan Kajang di Program Integrasi Masalah Penglihatan. Beliau menunjukkan minat belajar dan membuktikan kejayaan dengan pencapaian 5A dalam UPSR.

Berbekalkan keputusan UPSR tersebut, beliau telah ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (PPKIBL) serta diinklusifkan/ diserapkan dalam Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMK Kajang Utama dalam Tingkatan 1 Amanah pada Tahun 2009. Dalam keterbatasan upaya untuk melihat, beliau masih mampu bersaing dengan rakan-rakan sekelas yang boleh melihat dalam menimba ilmu pengetahuan. Beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan tempat keempat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Pada tahun 2010 pula beliau mendapat tempat ketiga dan kelapan dalam peperiksaan penggal. Malah beliau sering mendapat markah tertinggikeseluruhan Tingkatan dalam mata pelajaran Sejarah.

Dalam ko-kurikulum pula, beliau merupakan ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan ahli Persatuan Bahasa Inggeris. Kemampuan beliau berkomunikasi dan bersosial dengan pelajar lain, membuatkan beliau tidak kekok untuk berkongsi pendapat bagi menjana idea dan meluaskan pemikiran.

Atas ciri-ciri dan pencapaian beliau, maka Wong Shin Yee dari tingkatan 3 Amanah telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Khas tahun 2010. Tahniah diucapkan. Moga anugerah ini menjadi pendorong kepada Wong Shin Yee dan juga pelajar SMKKU khasnya untuk terus berjaya dalam PMR tahun ini dan juga cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Bersyukurlah kita atas nikmat penglihatan yang dianugerahkan kepada kita.

Wednesday, March 9, 2011

Hari Pendidikan Khas Hulu Langat 2010

Hari Pendidikan Khas Hulu Langat 2010 yang berlangsung di Plaza Metro Kajang.Pelbagai acara telah dijalankan antaranya jualan,persembahan dan pertandingan dengan disertai semua sekolah di daerah Hulu Langat.



SPAGHETTI PPKIBL

Resipi dari dapur pengurusan diri PPKIBL(sumbangan Cikgu Izzati)
Bahan-bahan:
Spaghetti San Remo – 1 peket
Daging ayam kisar – 1 bungkus
Sosej blackpaper – 2 batang -potong
Lada benggala- 1 biji – potong dadu
Carrot – separuh batang – potong dadu
Tomato – 1 biji - blanded
Bawang besar belanda – 1 labu -blanded
Cendawan butang- potong
Sos cendawan prego
Oregano ground
Serbuk lada hitam

Cara-caranya:
Campur aje bahan-bahan di atas..
Tunggu biar mendidih..
Biar die pekat..
Kalau tak masam tambah tomato banyok2, lagi masam lagi sodap…
Pastu tambah lah perasa tu…

Tuesday, March 8, 2011

Resipi Dapur Pengurusan Diri : Cucur Badak Cikgu Zaiton

Resipi simple dari dapur bilik pengurusan diri PKBL
Kalau 300gm tepung + 1kg ubi keledek –dapat 40 biji
Kalau 150gm tepung + 500 gm ubi keledek-dapat dalam 20 biji

Bahan inti:Kelapa tumbuk
Cili blend 3 sudu makan + jintan manis+serai+kunyit serbuk
+gula 2 sudu makan +garam 2 sudu kecil
Udang tumbuk sikit (dalam 10 ekor) buang kulit
½ biji kelapa-tumbuk bersama jintan,serai,udang.Masak bagi kuning.

uli tepung dan masukkan inti
goreng dalam api sederhana